http://www.ihatenetworkmarketing.blogspot.com adalah blog luahan pendapat semata-mata, tiada kena mengena kepada sesiapa di luar sana, tapi siapa yang terasa makan lada dialah rasa pedas. Tujuan blog ini dibuat adalah untuk menyedarkan golongan yang hate networking apakah sebenarnya network marketing. Network Marketing bukannya skim cepat kaya tetapi leadership factor. Anda dialu-alukan untuk memberi komen, menghentam, atau mengkritik blog ini jika anda suka atau pun tidak. :-). Harap blog ini boleh memberi informasi mengenai Network Marketing. Yang penting.. HAPPPPYYYY

Saturday, August 14, 2010

Bagaimana anda handle emosi anda

Salam sejahtera dan salam berbahagia,

EMOSI? Jika kita mempunyai emosi, anda bergelar manusia. Emosi adalah anugerah daripada penciptaan kita yang membezakan kita dengan haiwan. Walaupun haiwan mempunyai beberapa element emosi yang sama dengan manusia, kita mempunyai satu kebolehan untuk mengawal emosi kita. Mungkin anda merasa mustahil untuk mengawal emosi, tetapi faktanya adalah kita boleh memiliki emosi yang kita ingini pada bila-bila masa yang kita ingini.

Terdapat 4 cara manusia bertindakbalas dengan emosi:-
1) Melarikan diri daripada emosi yang tidak diingini. Pernahkah anda mendengar istilah hiprokit? Sudah tentu pernah. Hiprokit bukan sahaja dapat diketagorikan dalam perbuatan manusia tetapi dalam manusia juga boleh menjadi hiprokit dalam emosi. Kenapa? Kerana manusia cuba melarikan diri daripada emosi yang dialami. Keptusan melarikan diri daripada emosi ini bukan satu langkah yang bijak dalam jangka masa panjang ianya akan memberikan satu impact yang akan menyusahkan diri anda dari segi emosi.

2.) Menyangkal emosi yang sedang dialami merupakan cara kedua manusia bertindak balas dengan emosi. Dalam kes ini, kita cuba meniadakan emosi yang kita alami dengan cuba membuang emosi yang kita alami tersebut. Kita mula menggunakan pelbagai alternatif cuba untuk menafikan emosi tersebut. Ada di antara kita menggunakan dadah, merokok dan sebagainya untuk menafikan emosi tersebut. Cara ini juga bukan merupakan cara yang terbaik untuk bertindakbalas dengan emosi tersebut.

3.) Cara yang ketiga adalah persaingan. Kita bertindakbalas kerana kita mempunyai ego dan cemburu. Cara ini merupakan cara yang berbahaya kerana ini bukan sahaja boleh menjatuhkan reputasi seseorang tetapi juga boleh merosakkan persahabatan.

4.) Cara terakhir, bagaimana bertindak terhadap emosi ada belajar dan guna. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk bertindakbalas terhadap emosi tersebut. Mari kita lihat 6 langkah untuk menguasai teknik belajar dan guna :

Langkah pertama :
Mulakan dengan soalan. Soalan yang betul. Tanya diri anda dan kenal pasti apakah emosi anda pada ketika itu. Adakah anda marah atau sakit? Adakah anda kecewa atau gagal? Kenalpasti apakah emosi yang anda alami.

Langkah kedua :
Anda perlu sedar bahawa emosi yang anda alami itu adalah anugerah. Tanpa emosi tersebut, anda tidak akan mengenal pasti di manakah anda? Jika anda merasa tertipu, anda dapat ketahui bahawa anda sudah tertipu dan anda boleh belajar daripada kejadian tersebut. Emosi adalah satu landasan sama ada anda memperbetulkan tingkah laku anda atau menghargai tingkah laku anda. Emosi juga boleh dipanggil sebagai "call to action" yang mengatakan anda harus buat sesuatu.

Langkah Ketiga :
Ingin tahu atau "curiousity" tentang apakah meseg daripada emosi tersebut. Tanya diri anda , apa sebenarnya yang anda rasa? Apa yang saya perlu percaya daripada apa yang saya rasa? Apa yang perlu saya lakukan untuk menyelesaikan perkara ini SEKARANG?! Apa yang saya belajar daripada perkara ini? Jawapan daripada soalah ini akan mebuatkan anda ....

Langkah keempat :
Lebih yakin atau "get confident". Yakin dengan diri anda bahawa anda boleh menyelesaikan masalah tersebut atau emosi negatif tersebut.

Langkah kelima :
Daripada keyakinan tersebut, anda perlu tahu bahawa anda bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah ini sekarang tetapi masalah yang akan datang.

Langkah keenam:
Get exited and take action. Rahsianya adalah ambil tindakan. Belajar daripada tindakan tersebut.

Saya berharap daripada 6 langkah tersebut anda boleh belajar bertindakbalas atau mengambil tindakan terhadap emosi anda. Jangan salahkan orang lain kerana emosi anda adalah tanggungjawab anda. Enjoy your day

****in making millionaire***

No comments:

Post a Comment